Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan
Showing posts with label Rahsia Trafik Video Marketing. Show all posts
Showing posts with label Rahsia Trafik Video Marketing. Show all posts

Landing Page dan Grafik MRR Percuma

18 November 2008 |

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Kali ni ada lagi produk berkualiti yang diberi percuma untuk anda. Iaitu pakej MRR (Master Resale Rights) yang mengandungi landing page, surat jualan, header, footer, grafik dan juga e-cover. Ia diberikan oleh seorang usahawan internet tempatan iaitu The Reds.



Pakej landing page dan grafik MRR percuma ni sesuai buat anda yang terlibat dalam perniagaan internet. Sekurang-kurangnya anda dapat jimat masa dan tak perlu pening kepala untuk menyiapkan item-item yang dah ada dalam pakej ini.

Ataupun kalau anda ada perancangan nak memulakan perniagaan internet, boleh dapatkannya dulu sementara ia masih percuma di sini. :)

Tapi anda telah diberikan satu lagi tawaran untuk pakej MRR ni. Iaitu program pay per lead (ppl). RM1 per lead tu!

Satu lagi rekod ppl tempatan telah dicipta oleh The Reds. Menariknya, beliau telah memecahkan rekodnya sendiri. Saya ada menulisnya sebelum ni di sini (tapi ppl rahsia trafik video marketing ni dah tamat).

Anda perlulah mempromosikannya dengan lebih effisien. Sebab pembayaran minimum yang akan diberikan ialah RM50. Jadi, pastikan anda mendapat 50 prospek yang mendownload pakej MRR ni, ok.

pssst...jangan salahkan penganjur kerana tak membayar kalau anda gagal mendapatkan sekurang-kurangnya 50 prospek tau. hehehe...

Anda juga boleh mendaftar sebagai affiliate untuk ppl ni di sini.

Selamat Mendownload & Good Luck!

Rekod Baru: PPL Termahal Malaysia

19 August 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Setelah seluruh rakyat Malaysia sedikit kecewa dengan kegagalan memungut emas dalam Sukan Olimpik 2008, saya pasti kekecewaan ini bakal terubat. Mari kita lupakan perkara yang dah lepas. Anda takkan kecewa lagi hari ni. Saya sendiri yang akan mengumumkan berita gembira tersebut. Jadi, pastikan anda bersedia menerimanya dengan positif!

Hari ini, satu lagi rekod baru telah berjaya dicipta. Ia tiada kaitan dengan Sukan Olimpik 2008 langsung. Sebaliknya, saudara TheReds aka Suhairi dengan bergayanya telah mencipta satu rekod baru. Syabas TheReds! :)

Beliau telah melancarkan semula program pay per lead (ppl) Rahsia Trafik Video Marketing. Bersempena dengan pelancaran ini, komisen untuk setiap lead yang anda bawa juga telah dinaikkan. Iaitu daripada RM0.20 kepada RM0.30 per lead.

Ya, RM0.30 merupakan komisen termahal dalam sejarah program ppl di Malaysia! Kalau tak percaya, boleh tengok di sini.

Selain itu, anda bukan setakat dapat komisen apabila mengedarkan laporan percuma ni malah pelbagai bonus berkualiti telah ditambah.

Antara bonus yang ditambah adalah Pakej Video Blog & Database, Panduan Pemasangan & Asas Penggunaan Wordpress dan Produk Resell Right Bahasa Malaysia.

Apa, tak cukup lagi? Isshh... bonus dah banyak macam tu pun tak cukup gak. Bawak la mengucap bebanyak oii...

Ok, takper. TheReds memang dah bersedia pun dengan alasan sebegini. Kalau anda berjaya menyahut cabaran beliau menjadi orang pertama membawa 10,000 leads, laptop bernilai lebih RM2000 menjadi milik anda!

Amacam, ada berani?! Kalau berani, ayuh mulakan cabaran anda di Rahsia Trafik Video Marketing.

Good Luck All Affiliates!

Laporan Percuma Rahsia Trafik Video Marketing

12 July 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Segmen laporan percuma kali ini memaparkan kepada anda Rahsia Trafik Video Marketing. Saya baru saja selesai menelaah laporan percuma ini dan akan membuat sedikit ulasan mengenainya. Psst...anda juga boleh buat duit percuma melalui laporan ni.
Tak cukup jugak manusia memang tak pernah puas, hehe dengan ganjaran ni?!
Kita turut berpeluang memenangi sebuah laptop bernilai RM2000 lebih. :D Kalau nak tahu lebih lanjut, jom teruskan melayannz...

Asasnya, laporan percuma ini dibahagikan kepada enam bab dan disertakan sekali dengan dua case study. Fokus utama laporan ini ialah Teknik Video Marketing. Laporan ini dihasilkan melalui pengalaman sebenar penulis setelah hampir setahun fokus terhadap teknik ini.


Secara keseluruhannya, laporan ini telah disusun dengan baik dan penerangannya amat mudah untuk difahami. Kebanyakan penerangannya disertakan sekali dengan gambarajah yang kemas dan teratur. :)

Antara kandungan yang dimuatkan dalam laporan ini ialah mencari niche video kegemaran ramai, download, upload dan publish video, proses suntingan video, pelan tindakan dan proses buat duit melalui laman web anda.

Kesimpulannya, anda memang patut membaca laporan ini dan boleh terus download di SINI

Seterusnya, saya akan tunjukkan cara yang membolehkan anda buat duit percuma dan seterusnya memenangi sebuah laptop bernilai lebih RM2000.

Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:

1. Jika anda belum download laporan percuma ni, sila daftarkan diri dahulu di SINI

2. Kemudian, anda akan menerima emel "CONFIRMATION REQUIRED" dari Aspirasi Cyber Team.

3. Klik link di bawah "EASY 1-CLICK CONFIRMATION".

4. Anda akan menerima emel seterusnya dan boleh download melalui link yang diberikan.

5. Setelah selesai download laporan, anda boleh daftar sebagai ahli affiliate melalui link di muka surat pertama laporan tersebut.

6. Isikan segala butiran yang diperlukan dan klik button "Submit Application".

7. Setelah selesai proses pendaftaran, kini anda boleh memulakan promosi. Gunakan segala bantuan promosi seperti banner/links yang diberikan.

8. Untuk setiap "lead" yang anda perkenalkan, komisyen sebanyak RM0.20 akan diberi. Had minimum pembayaran ialah RM10. Ini beerti anda perlu membawa sekurang-kurangnya 50 orang untuk men"download" laporan ini.

9. Anda nak laptop? Sekiranya anda menjadi orang pertama yang berjaya membawa "lead" seramai 10,000 atau lebih, tahniah! Laptop tersebut menjadi milik anda. :D

Ahaah! Itu sahaja yang perlu anda lakukan kali ini.

Semoga berjaya dan Selamat Mendownload!

p.s: Pastikan anda mempromosikannya secara berhemah yer. :)

Sekian, terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...